LATAR BELAKANG SRI PAYUNG
Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Mohd Aslah bin Lias dan Isteri Rosmawati binti Musa yang menjalankan perkhidmatan Katering & Kanopi sebagai teras perniagaan untuk majlis-majlis keramaian seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Rumah Terbuka dan lain-lain majlis. Sama ada untuk individu, firma swasta, dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.
Antara menu yang paling istimewa yang sentiasa menjadi buruan para pelanggan kami adalah Rendang Daging Hitam, Kambing Khuzi, Dalca Tulang, Pajeri Nanas Bombay, Ikan dori Sweet sour dan semua Masakan Melayu Asli.
Setelah 10 tahun berkecimpung dalam perkhidmatan katering dan kanopi, siapa sangka dengan hanya bermula sebagai ketua tukang masak untuk kenduri kendara keluarga, beliau mampu mengendalikan rangkaian perniagaan katering dengan jayanya. Malah disiplin serta kesungguhan menjadikan pemilik Sri Payung Catering & Canopy, Mohd Aslah bin Lias dan isteri Rosmawati binti Musa, antara contoh anak Melayu yang berjaya.
Mereka merupakan generasi kedua dalam keluarga untuk berkecimpung dalam industri ini. Pemilik Sri Payung Catering & Canopy mempunyai pengalaman memasak di hotel terkenal di Kuala Lumpur lebih daripada 12 tahun.
Oleh yang demikian, tidak hairan mengapa Sri Payung Catering & Canopy mendapat tempat di hati peminat kerana mereka menawarkan perkhidmatan menyeluruh dari restoran, dewan sehingga katering.
Sri Payung Catering & Canopy menggunakan teknik tumisan yang diolah dari cara tradisonal untuk menambah rasa, kualiti dan membolehkan masakan yang dihasilkan tahan lebih lama.
Pelanggan Sri Payung Catering & Canopy masih boleh menempah dan merasakan masakan yang sama seperti lima tahun yang lepas kerana semua urusan di bahagian dapur diterajui oleh ahli-ahli keluarga terdekat sahaja. Selain itu, kebanyakan pekerja Sri Payung Catering & Canopy telah berkhidmat hampir 10 tahun. Pekerja-pekerja ini sangat berpengalaman dalam tugas masing-masing dan ini menjadi kebanggaan Sri Payung Catering & Canopy.
Menu yang disediakan begitu mengujakan. Daging hitam Sri Payung adalah menu yang amat terkenal dan menjadi hidangan wajib bagi pelanggan setia mereka.
Bagi memberikan sepenuh perhatian kepada pelanggan, mereka mengawal jumlah tempahan yang di terima kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka. Mereka akan membantu pelanggan mereka dalam menguruskan majlis dengan memberikan pandangan dan nasihat. Bermula dari segi atur cara pilihan makanan dan juga bagaimana mengurangkan kos dan mengikut bajet mereka. Melalui cara ini, mereka lebih rapat dan lebih memahami kehendak pelanggan mereka.
Sri Payung Catering & Canopy amat jarang menyertai ekspo makanan atau perkahwinan kerana mereka lebih memberi perhatian terhadap majlis anjuran mereka. Kebanyakan pelanggan baru yang diterima adalah hasil daripada kejayaan majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka.
Selain daripada itu, pihak syarikat hanya menggunakan perkhidmatan mereka yang mahir dalam bidang-bidang tertentu supaya dapat memberikan hasil yang berkualiti.
Sri Payung Catering & Canopy juga menguruskan Dewan Santai Sri Payung yang terletak di Wisma Zelan, Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Dewan tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan, hari jadi dan majlis koperat.
© 2015/16 Sri Payung Catering & Canopy.
Web Designed by AY Production | info.ayproduction@gmail.com
Follow Us
All photos by Danigraphy | +6019.294.1084